Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Akhirnya selepas menjalani 2 minggu peperiksaan yang mengerunkan akhirnya keputusan telah dikeluarkan. Tahniah kepada warga zerosixten atas pencapaian yang cemerlang. Namun peperiksaan kali ini menyaksikan warga puteri mendominasi kedudukan 10 terbaik. Walaubagaimanapun, warga putera tetap menunujukkan pencapaian yang memberangsangkan. Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang pelajar yang berjaya mencapai straigt A's untuk peperiksaan kali ini. Pelajar-pelajar tersebut ialah:

1) Thulajja Thessa a/p K. Vasudhevan

2) Girinivashini Gayathri a/p Komaran

3) Aisyah Binti Mohd

Diingatkan kepada semua warga zerosixten untuk terus berusaha dalam pelajaran dan kehidupan. Janganlah berputus asa kerana Allah pasti membalas usaha kita walau sekecil manapun. Sekian sahaja buat kali ini.

Beberapa Blog Untuk Dilawati Sepanjang Cuti Ini

Assalamualaikum. Mohon maaf kerana sudah lama tak update blog ni. Anyway saya nak ambil kesempatan untuk syorkan kepada para pembaca beberapa blog untuk dilawati sepanjang cuti ini, Isya-Allah...

1) armyoffisabilillah.blogspot.com

2) shakirzufayri.blogspot.com

3) penulisan2u.blogspot.com

4) dakwah2u.blogspot.com

5) abumujahid-urduni.blogspot.com

6) manisnyaapple.blogspot.com

7) akrine.blogspot.com

8) prainurusyifa.blogspot.com

9) azizasmuni.blogspot.com

10) semut2comel.blogspot.com

Tu je lar. Hope para pembaca semua boleh try. Insya-Allah blog-blog ini semua boleh memberi input kepada diri kita semua. Nanti kalau ada lagi blog-blog yang menarik saya akan maklumkan lagi. Insya-Allah.

selamat bercuti

Semoga para pelajar tingkatan 4 dapat mengisi masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.Luangkanlah masa bersama keluarga.Family comes 1st.

Barisan Kepimpinan Batch Yang Baru


Assalamualaikum. Di sini ingin diumumkan perkara yang sangat penting. Selepas semua warga putera 0610 telah bermusyawarrah, akhirnya semua telah sepakat untuk melantik Muhammad Azeem Azly Bin Abdul Halim dan Faiz Dahri Bin Hussin Sebagai Ketua dan Penolong Ketua Batch yang baru. Pemilihan mereka telah dipersetujui oleh semua warga 0610. semoga barisan kepimpinan yang baru ini akan dapat memacu Muzaffar 0610 terus ke arah kegemilangan dunia dan akhirat.

Hari Ini

Assalamualaikum. Hari ini kita akan pulang ke sekolah. Diharap anda dapat meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu. Majulah Muzaffar Zerosixten.

Back To Home Again

Alhmadulillah.... Dengan izin Allah s.w.t, semua pelajar SMS Muzaffar Syah dibenarkan pulang bercuti pada minggu ini sempena cuti pertengahan penggal. Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar tingkatan 5 2008, btch 0408 yang telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semoga anda terus sukses di dalam hidup dan terus berada dalam naungan cinta dan kasih sayang Tuhan Yang Maha Esa. Kepada semua pelajar lain yang baru sahaja memperoleh keputusan ujian 1,khususnya pelajar batch 0610 akan terus meningkatkan usaha dan doa dalm usaha mencapai kecemerlangan duniawi dan uhkrawi. Diingatkan juga kepada semua warga 0610, supaya menjadikan waktu cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran, meningkatkan ibadah, memperbaharui iman, dan mempereratkan hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya keluargalah yang menjadi keutamaan kita. Akhir kalam, Amar Makruf Nahi Mungkar.

Cuti Cuti Cuti !!!

Bermula pada hari Khamis 5 mac hingga Isnin 9 Mac, semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 dibalikkan kerana sekolah telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Kriket SBP Peringkat Zon Selatan. Oleh itu, asrama digunakan untuk penginapan para peserta. Semoga pelajar mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. "Study la walaupun Exam dah abis"

Ujian 1

Dari 3 Mac hingga 5 Mac, semua pelajar Muzaffar telah menduduki ujian 1. Semoga kita mencapai keputusan yang cemerlang bagi menaikkan imej sekolah.

Mozac Di Akhbar Lagi

Sukan Tahunan 2009

Pada 28 Februari 2009, sekolah telah mengadakan Hari Sukan Tahunan bertempat di SMK Bukit Baru kerana keadaan padang yang belum pulih. Acara dimulakan dengan acara perbarisan oleh pasukan Pancaragam dan empat rumah sukan iaitu Bendahara, Syahbandar, Temenggung dan Laksamana. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan sorak berkumpulan dan dimenangi oleh Rumah Laksamana diikuti dengan Rumah Temenggung. Selepas itu, kejohanan olahraga peringkat sekolah dilangsungkan. Johan bagi hari sukan tahun 2009 ialah Rumah Temenggung. Tahniah diucapkan.


Program Jalinan Kasih Tingkatan 4






Pada 21 Februari 2009,bersamaan hari Sabtu ,telah berlangsungnya program Jalinan Kasih yang telah melibatkan semua pelajar tingkatan 4.Program ini telah diadakan dari pukul 3 petang hingga 11 malam bertempat di sekitar kawasan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan kursus ibadah sukatan matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 secara praktikal.Selain itu,program ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra bersama mentor masing-masing.

Dalam sesi pertama ,kami telah diajar cara-cara penyembelihan ayam yang sah serta langkah-langkah membersihkan ayam dengan betul.Guru- guru Pendidikan Islam dan beberapa mentor telah menghadirkan diri untuk membimbing kami disepanjang proses penyembelihan ayam.Pelajr-pelajar lelaki ditugaskan laks untuk menyembelih ayam manakala pelajar –pelajar perempuan ditugaskan pula untuk mencabut bulu dan memotong ayam.Selepas itu,ayam tesebut diperap dengan rempah-rempah yang disediakan oleh mentor-mentor.

Sesi kedua program ini telah dimulakaan pada pukul 8 malam di hadapan Bilik Pancaragam.Dalam sesi ini,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut mentor masing-masing.Kami telah bekerjasama untuk memanggang ayam-ayam tersebut.Menu makan malam kami ditambah lagi dengan makanan yang dibawa oleh mentor-mentor kami.Antaranya ialah nasi lemak,kek coklat,agar-agar dan sebagainya.Malam itu telah dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh para pelajar .Badan Didikom juga telah mempersembahkan beberapa slide show yang memaparkan gambar-gambar disepanjang program ini.Pada pukul 9 .30 malam kami telah mula menjamu selera.

Program ini diakhiri dengan aktiviti bergotong–royong membersihkan kawasan tersebut.Secara umumya,program ini membawa banyak manfaat kepada kami.Selain daripada mendalami ibadah penyembelihan ayam ,kami juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara mentor dan mentee serta mengenali dengan lebih mendalam erti kerjasama dan perpaduan.

Sehari Bersama Angkasawan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia dan Kementerian Perpaduan ,Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Mozac mengadakan program sehari bersama angkasawan negara Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor pada Sabtu 14 Februari 2009 bertempat di persekitaran sekolah kita dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang.Tuan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia En Raslin Bin Abu Bakar merasmikan program di dewan Sultan Muzaffar Syah. Ketibaan Ketua pengarah dan Angkasawan Negara disambut oleh kepimpinan sekolah dan diiringi ke astaka untuk sesi Jom Baca dan Mari Membaca Bersama. Acara di dewan didahului dengan nyanyian negaraku, Negeri Melaka , bacaan doa, persembahan wind Orchestra dan koir sekolah.11 buah sekolah diberi sumbangan buku dari ketua pengarah melalui pengetua masing-masing. Selepas upacara perasmian tetamu dibawa ke bilik Ekonomi Rumah Tangga untuk sesi bersama wartawan.
Sesi kedua adalah lawatan ke bilik R and D bagi mempamerkan hasil kerja pelajar MOZAC. Kemudian, Sesi Motivasi bersama angkasawan di dewan Sultan Muzaffar Syah untuk menceritakan sedikit sebanyak halangan beliau bagi menjadi seorng angkasawan diiringi tayangan video selama 45 minit. Sejurus itu, Angkasawan Negara telah makan tengah hari bersama para tetamu dan warga pendidik sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi autograf bersama para pelajar dan guru.




Marilah Pulang

Haaa...Cuti dah tamat. Esok kita kena pulang ke sekolah. Jadi, belajarlah rajin-rajin supaya cemerlang dalam peperiksaan. Kepada yang menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum, selamat berjaya dan jangan lupa pelajaran. Selamat Pulang.

p/s: Blog ini akan di kemaskini pada cuti seterusnya. Harap maklum.

Nilai Tudung Seorang Muslimah

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Tahniah Zerosixten.

Penghargaan dari JPN Melaka.

 
Copyright © Muzaffar Zerosixten