Marilah Pulang

Haaa...Cuti dah tamat. Esok kita kena pulang ke sekolah. Jadi, belajarlah rajin-rajin supaya cemerlang dalam peperiksaan. Kepada yang menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum, selamat berjaya dan jangan lupa pelajaran. Selamat Pulang.

p/s: Blog ini akan di kemaskini pada cuti seterusnya. Harap maklum.

Nilai Tudung Seorang Muslimah

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Tahniah Zerosixten.

Penghargaan dari JPN Melaka.

Lawatan SMS Kuching

Pada 19 jan hingga 23 Jan, dengan kerjasama SMS Muzaffar Syah dan SMS Kuching, telah diadakan satu program perkongsian pintar. Seramai 6 orang pelajar T5 dan 2 orang pelajar T4 serta 3 guru dan 2 staff dari SMS Kuching telah terlibat. Mereka telah mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ko-kurikulum, riadah dan sebagainya di sekolah ini. Mereka juga berpeluang untuk melawat ke Bandaraya Melaka Bersejarah. Semoga dapat bertemu lagi pada masa hadapan.

Selamat Tahun Baru Cina

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Muzaffar dan pelawat-pelawat blog ini. Semoga anda bergembira.

Di manakah Cantiknya Seorang Wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Boikot Zionis





Setelah kita mendengar khabar kekejaman tentera zionis, marilah kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang tertera stakat yang mampu.
  1. Boikot barang Mc Donalds, Coca-Cola, Nike dan syarikat lain yang menyumbangkan kepada Israel dan Amerika.
  2. Sumbangkan duit bulanan untuk Palestin dan berikan kepada badan yang membantu Palestin yang boleh dipercayai seperti Aman Palestin dan PACE.
  3. Baca, kaji dan fahami isu Palestin dengan baik.
  4. Anjurkan program dan kempen besar-besaran yang efektif dan praktika berkenaan Palestin terutama di bulan 21 Ogos (Hari Memperingati al-Quds).
  5. Doa untuk keselamatan, kemenangan, dan keamanan rakyat Palestin.
  6. Pastikan rakan-rakan dan keuarga sedar, hayati dan lakukanperkara-perkara di atas juga.




Barangan yang perlu diboikot oleh umat Islam:

Mc Donalds
Pizza Hut
KFC
A&W
Nestle
Starbucks
Coca-Cola
Colgate
Huggies
Kotex
Sanex
Kleenex
Disney
DKNY
G.A.P
Nike
Adidas
Jo Malone
Libbis
Thcibo
Mark and Spencer
Wonderbra
River Island
Lancome
TESCO
Maybelline
L'oreal
Revlon
Clinique
Garnier
Johnson & Johnson
Perrier
Vittel
Sprite
Fanta
Sunkist
Pepsi-Cola
IBM
Intel
Apple Computers
iPod
AOL Time Warners
Hush Puppies
Timberland
Tommy Hilfiger
HP
Compaq
Motorola
AMD
Esso
Caltex
Mobil
Marlboro
Kraft
Microsoft
Dunhill
Rothmans
Citibank
Mastercard
Visa
American Express
Fedex
Baskin Robbins
AIA
Haagen Dazs
Levi's

Gambar

Perhatian. Kepada semua pelawat, sesiapa yang nak tengok gambar, sila klik link-link dibawah.

1. http://s51.photobucket.com/albums/f392/akir93/
2. http://s51.photobucket.com/albums/f392/akir93/mozac0610/

Dua Hala

Hubungan dua hala telah dijalin antara batch 0160 Semasyur dan Mozac. Semoga hubungan yang terjalin akan kekal sehingga ke akhir hayat. Gunakan kelebihan yang ada untuk perkongsian ilmu dan sebagainya.

klik link ini :-
http://7thsaviours.ceria.com.my/

selamat tinggal


Setiap pertemuan ada perpisahan. Kepada yang akan berpisah, jangan lupakan orang di sini. Kepada yg terpisah, jangan lupakan orang di sana. Kepada Abdul Aziz Asmuni yg telah meninggalkan kita, semoga anda berjaya sepanjang hayat. Kami akan sentiasa mengingati anda di dalam hati.

Abdul Aziz Asmuni akan berpindah ke Maktab Tentera Diraja pada Isnin 2 Feb. Semoga anda panjang umur dan murah rezeki.

so long goodbye


As time passes by, direction unknown
You've left us now but we're not alone
Before you know it your cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright
And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

We always knew that it'd come to this
It's times like this I forget what I miss
Matters of heart are hard to address
Especially when yours is full of emptiness

And it's quite alright
And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

As time passes by, direction unknown
You've left us now but we're not alone
Before you know it your cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright
And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye.



selamat bercuti

Pada hari Jumaat 23 jan, semua pelajar tingkatan 4 sekolah menengah sains muzaffar syah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Semua pelajar dikehendaki pulang ke sekolah pada hari Ahad 1 Feb. Semoga semua pelajar dapat mengisi masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Sesi persekolahan 2009 bagi Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah akan bermula pada hari ahad 4 Januari 2009. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 yg berjaya dalam peperiksaan PMR. Semoga anda kekalkan kejayaan yg cemerlang pada tahun 2009 dan seterusnya. Selamat kembali ke sekolah.
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten