Setahun Bergelar Alumni

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Pejam celik pejam celik, 2011 dah nak abis dah dalam beberapa hari je lagi. Kemudian 2012 bakal menyusul pulak. Sedarkah kita yang setahun kita bergelar ALUMNI MOZAC. Anda tak sedar? Saya pun baru sedar semalam. Dah setahun kita tinggalkan SBT tu (Sekolah Bukit Tinggi). Masing2 dah dalam laluan hidup masing-masing. Ada yang dah berada di luar negara, ada yang sedang bersedia untuk ke luar negara dan selebihnya sedang menuntut di matriks dan asasi untuk berbakti kepada negara. Haha.



Sebab baru setahun, mungkin menjadi alumni ni bukanlah sesuatu yang penting buat kita. Ye la, kita pun masih belajar, kerja pun tak de lagi, kalau bercakap mengenai alumni pun rasanya kita tak terasa apa2. Betul ke tak de apa yang boleh kita sumbangkan? Bagi saya setahun ke mahupun baru sehari bergelar alumni, saya rasa banyak yang boleh kita contribute untuk sekolah dan masyarakat.

Sepanjang setahun ni, saya dicampakkan oleh Yang Maha Esa ke UiTM Shah Alam selaku penuntut program Asasi Undang-Undang. Hari pertama kat sana saya cari kawan2 from MOZAC, dan malangnya saya seorang sahaja wakil tunggal 0610 kat situ. So tanggungjawab menjaga nama sekolah tergalas di bahu saya seorang.

I'm pretty much the same, I didn't change that much except for my physical appearance yang makin kembang dari hari ke hari. Saya masih lagi berperangai sewaktu di MOZAC dulu at that kinda differs me from the others. Ramai yang pelik dengan cara dan pandangan hidup saya yang sememangnya banyak depengaruhi dengan cara hidup MOZAC. I have to admit, saya cuma belajar mengenai hidup remaja ni kat sekolah je. Saya tak ramai kawan kat luar, so saya tak tahu sangat cara hidup remaja2 kat luar ni.

Berada di IPTA pun saya masih lagi tak boleh nak lari dari tanggungjawab. Selaku pemimpin kecil asasi, ramai yang selalu tanya saya dari sekolah mana? Ramai jugak yang ada perception saya ni produk KISAS or mungkin satu lagi produk MCKK. Saya ketawa bila dengar perkara macam tu. Saya ni ada muka KISAS or MCKK ke? Saya selalu cepat2 betulkan pandangan mereka. Saya akan tegaskan saya ni budak MOZAC. Kalau mereka tak kenal, saya akan ceritakan serba serbi pasal sekolah kesayangan saya ni.

Selalu je lecturer tanya asal usul student dia. Soalan yang paling common ialah 'Please state your last school'. Bila my classmates memperkenalkan diri, mereka mesti akan cakap 'I was from....' Saya pulak on the other hand akan sentiasa sebut 'I am from...' sebab saya rasa saya tak pernah graduate pun from MOZAC. It's always part of my life and I learn everything from it.

Kawan2 saya yang rapat2 kat UiTM ni selalu kata saya ni macam MOZAC counter. Setiap hari berapa kali dah saya sebut pasal MOZAC. Until now, dalam kereta saya selalu cerita kat parents saya mengenai bagusnya MOZAC tu. Recently saya cerita kat mereka pasal kejayaan PMR MOZAC. Eventhough saya tak de pun sedara mara f3 tahun 2011. Setiap hari saya akan check blog sekolah untuk pastikan I am well updated with the school current affairs. Masa result PMR keluar, saya cepat2 call Cikgu Saripah untuk tanya result MOZAC. Bila cikgu beritahu je tu result terbak dalam sejarah saya terus ucap Alhamdulillah, bangga dengan kejayaan juniors. Lepas tu saya excited bagitau kat classmates saya, MOZAC nombor satu kat Melaka. Saya yang sibuk check rangking SBP MOZAC.

Kenapa la perangai saya mcam ni yer? Sebab I love MOZAC unconditionally. Saya bukan siapa2 kalau saya takde MOZAC. I always wish to be part of it sejak kecil lagi. Sekarang dah setahun dah saya bergelar alumni sekolah tu. Apa yang saya mampu buat setakat ni hanyalah mendoakan kejayaan MOZAC dan kebahagiaan cikgu2 serta kecemerlangan setiap warga dia. Saya suka bila dengar kawan2 OHANA berjaya kat luar sana. Bila results exam keluar, saya pastikan saya tahu result kawan2 saya. Sebab saya rindu dan ambil berat keadaan mereka.

Ingatlah ye sahabat2, kita keluar dari MOZAC untuk berkhidmat pada bangsa kita. Ilmu kita ni untuk panduan ummah. Jadilah seorang Alumni yang bangga dengan sekolah dia. Setiap kali orang tanya saya dari mana, saya akan kata saya daripada sekolah yang terbaik, MOZAC. Biarlah orang nak kata saya berlagak, memang hakikat MOZAC tu kebanggan saya. Satu lagi kisah, ada seorang perempuan dalam kelas saya kata saya ni sombong sebab saya tak berapa nak rapat sangat dengan budak perempuan ni. Dia tanya saya daripada sekolah 'elite' mana? Saya ketawa je bila dengar soalan tu. Sampai ada yang nampak perangai saya ingatkan MOZAC tu sekolah all boys. Haha.

I may not be the perfect Muzaffarian, but I can assure you that I am always proud with my batch and my school. Because everything that I had achieved I owed every single of them to MOZAC. If I wasn't part of it, I'm pretty sure I will never have a bunch of awesome people around me.

Kejayaan mereka, Kebanggaan kita, Inspirasi semua...
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten