Hari Ini

Assalamualaikum. Hari ini kita akan pulang ke sekolah. Diharap anda dapat meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu. Majulah Muzaffar Zerosixten.

Back To Home Again

Alhmadulillah.... Dengan izin Allah s.w.t, semua pelajar SMS Muzaffar Syah dibenarkan pulang bercuti pada minggu ini sempena cuti pertengahan penggal. Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar tingkatan 5 2008, btch 0408 yang telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semoga anda terus sukses di dalam hidup dan terus berada dalam naungan cinta dan kasih sayang Tuhan Yang Maha Esa. Kepada semua pelajar lain yang baru sahaja memperoleh keputusan ujian 1,khususnya pelajar batch 0610 akan terus meningkatkan usaha dan doa dalm usaha mencapai kecemerlangan duniawi dan uhkrawi. Diingatkan juga kepada semua warga 0610, supaya menjadikan waktu cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran, meningkatkan ibadah, memperbaharui iman, dan mempereratkan hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya keluargalah yang menjadi keutamaan kita. Akhir kalam, Amar Makruf Nahi Mungkar.

Cuti Cuti Cuti !!!

Bermula pada hari Khamis 5 mac hingga Isnin 9 Mac, semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 dibalikkan kerana sekolah telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Kriket SBP Peringkat Zon Selatan. Oleh itu, asrama digunakan untuk penginapan para peserta. Semoga pelajar mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. "Study la walaupun Exam dah abis"

Ujian 1

Dari 3 Mac hingga 5 Mac, semua pelajar Muzaffar telah menduduki ujian 1. Semoga kita mencapai keputusan yang cemerlang bagi menaikkan imej sekolah.

Mozac Di Akhbar Lagi

Sukan Tahunan 2009

Pada 28 Februari 2009, sekolah telah mengadakan Hari Sukan Tahunan bertempat di SMK Bukit Baru kerana keadaan padang yang belum pulih. Acara dimulakan dengan acara perbarisan oleh pasukan Pancaragam dan empat rumah sukan iaitu Bendahara, Syahbandar, Temenggung dan Laksamana. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan sorak berkumpulan dan dimenangi oleh Rumah Laksamana diikuti dengan Rumah Temenggung. Selepas itu, kejohanan olahraga peringkat sekolah dilangsungkan. Johan bagi hari sukan tahun 2009 ialah Rumah Temenggung. Tahniah diucapkan.


Program Jalinan Kasih Tingkatan 4






Pada 21 Februari 2009,bersamaan hari Sabtu ,telah berlangsungnya program Jalinan Kasih yang telah melibatkan semua pelajar tingkatan 4.Program ini telah diadakan dari pukul 3 petang hingga 11 malam bertempat di sekitar kawasan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan kursus ibadah sukatan matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 secara praktikal.Selain itu,program ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra bersama mentor masing-masing.

Dalam sesi pertama ,kami telah diajar cara-cara penyembelihan ayam yang sah serta langkah-langkah membersihkan ayam dengan betul.Guru- guru Pendidikan Islam dan beberapa mentor telah menghadirkan diri untuk membimbing kami disepanjang proses penyembelihan ayam.Pelajr-pelajar lelaki ditugaskan laks untuk menyembelih ayam manakala pelajar –pelajar perempuan ditugaskan pula untuk mencabut bulu dan memotong ayam.Selepas itu,ayam tesebut diperap dengan rempah-rempah yang disediakan oleh mentor-mentor.

Sesi kedua program ini telah dimulakaan pada pukul 8 malam di hadapan Bilik Pancaragam.Dalam sesi ini,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut mentor masing-masing.Kami telah bekerjasama untuk memanggang ayam-ayam tersebut.Menu makan malam kami ditambah lagi dengan makanan yang dibawa oleh mentor-mentor kami.Antaranya ialah nasi lemak,kek coklat,agar-agar dan sebagainya.Malam itu telah dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh para pelajar .Badan Didikom juga telah mempersembahkan beberapa slide show yang memaparkan gambar-gambar disepanjang program ini.Pada pukul 9 .30 malam kami telah mula menjamu selera.

Program ini diakhiri dengan aktiviti bergotong–royong membersihkan kawasan tersebut.Secara umumya,program ini membawa banyak manfaat kepada kami.Selain daripada mendalami ibadah penyembelihan ayam ,kami juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara mentor dan mentee serta mengenali dengan lebih mendalam erti kerjasama dan perpaduan.

Sehari Bersama Angkasawan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia dan Kementerian Perpaduan ,Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Mozac mengadakan program sehari bersama angkasawan negara Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor pada Sabtu 14 Februari 2009 bertempat di persekitaran sekolah kita dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang.Tuan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia En Raslin Bin Abu Bakar merasmikan program di dewan Sultan Muzaffar Syah. Ketibaan Ketua pengarah dan Angkasawan Negara disambut oleh kepimpinan sekolah dan diiringi ke astaka untuk sesi Jom Baca dan Mari Membaca Bersama. Acara di dewan didahului dengan nyanyian negaraku, Negeri Melaka , bacaan doa, persembahan wind Orchestra dan koir sekolah.11 buah sekolah diberi sumbangan buku dari ketua pengarah melalui pengetua masing-masing. Selepas upacara perasmian tetamu dibawa ke bilik Ekonomi Rumah Tangga untuk sesi bersama wartawan.
Sesi kedua adalah lawatan ke bilik R and D bagi mempamerkan hasil kerja pelajar MOZAC. Kemudian, Sesi Motivasi bersama angkasawan di dewan Sultan Muzaffar Syah untuk menceritakan sedikit sebanyak halangan beliau bagi menjadi seorng angkasawan diiringi tayangan video selama 45 minit. Sejurus itu, Angkasawan Negara telah makan tengah hari bersama para tetamu dan warga pendidik sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi autograf bersama para pelajar dan guru.




 
Copyright © Muzaffar Zerosixten