Tahniah


Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah mencatat pencapaian terbaik dalam semua bidang. Kami akan berusaha untuk menaikkan nama sekolah dari masa ke masa insyallah. Semoga pencapaian ini terus kekal selamanya.

Program Pasca-PMR

Setelah berakhirnya Peperiksaan PMR, pihak sekolah telah mengatur program Pasca PMR buat semua pelajar tingkatan 3 Mozac. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik seperti Paintball, Map Reading, Ujian Diagnostik, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Panorama Melaka dan banyak lagi. Diharap semua pelajar tingkatan 3 berseronok sementara menunggu keputusan PMR.

PMR 2008

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami, pelajar tingkatan 3 menduduki PMR 2008 pada 13 hingga 17 Oktober 08 dengan jayanya. Semoga kami mendapat keputusan cemerlang. Ameen.

Solat Hajat PMR & SPM 2008

Alhamdulillah, satu majlis solat hajat telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa para pelajar tingkatan 3 & 5. Bermula dengan solat fardhu maghrib berjemaah dan diteruskan dengan solat sunat taubat, solat sunat hajat & bacaan Yassin. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan jamuan ringan di dewan makan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendoakan pelajar tingkatan 3 & 5 yang bakal menduduki peperksaan PMR & SPM.

Salam Lebaran

Akhirnya saat yang dinanti telah tiba. Salam lebaran diucapkan kepada semua pelawat terutamanya warga Muzaffar. Maaf zahir dan batin dipinta andai ada salah dan silap terutamaya kepada guru-guru yang banyak mendidik kami supaya menjadi orang yang berguna. Doakan kesejahteraan kami dan juga untuk kecemerlangan PMR yang bakal kami duduki tidak lama lagi. Semoga tingkatan 3 dapat menaikkan imej sekolah dengan mengatasi target yang telah ditetapkan.
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten