I'm Sick of This Quarrel

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Ok kali ini serious posting. But hold still. Baca ini sampai habis. As we all know the 'proud' Xtrovians sangat bangga dapat 89 orang dalam PMR 2010 which is hanya lebih satu je daripada OHANA. Secara jujurnya, bagus la kan mereka dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. But it happens to be mereka mula bangga dengan pencapaian mereka. I don't mind that but x boleh tahan lah kalau mereka menjual nama OHANA seperti mereka dapat kalahkan kita. Dan perkara ini telah mencetuskan kontroversi antara beberapa ahli OHANA dan Xtrovia. Seingat saya walaupun kita did beat our previous batch, kita x de lah berlagak sampai macam ini kan?

Well, saya ada beberapa perkara untuk state kat sini. When people are so eager to beat us, it proves one thing, WE ARE THE BEST. People won't struggle to catch the weaklings, they yearn to beat the Titans ( mujahid and mujahidah sounds better anyway), which is us. Dalam dunia ini, bak kata orang-orang bijak pandai we look at numbers because numbers never lie. Sebab itulah saya selalu pesan,

"If we want to be the legendary batch, we have to achieve a glory that no other batch could ever dream of it" Ingat tak?

Jadi di sini, saya nak tegaskan supaya kita diam sahaja. X perlu membalas doktrin-doktrin yang menimpa kita. Sekarang ini cuma perlu bertawakkal dan berdoa sepenuhnya kepada Allah S.W.T supaya kita dilimpahkan kejayaan yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Semoga Allah sentiasa bersama kita. Sabarlah ye all OHANARIANS.

People say we are arrogant, but actually we are proud of our school and batch, and we are so grateful to Allah, because HE gathers us all in one family, OHANA.

Never be apart, Never be forgotten and Never left behind..... ^^

ohana

salam semua..
semoga korunk berada dalam peliharaan ALLAH
ak cuma nak ckp kat sini ILY all and always stick to islam whenever u are in trouble.
and....don"t forget zikir yg kita slalu buat...insyaallah amalkan slalu..
that"s all..
tq..
da!~
assalamualaikum..

budak asrama VS budak rumah....

hey2...
hello readers, silent readers, visitors n the most beloved ohanarianz....
hmmm, aku tau msti boring kn duk umah...
rase cam nak blik asrama balik jer....
ley buli budak...
ley mandi kolam...
ley burger2.....
ley mkn sesama...
study sesama...
kene mrah sesame...
n all the things sesame la...
n yg pling x ley lupe...

ble azri n atok bagi ceramah... fuhh!!!! menusuk kalbu beb....<---- azri jgn mrah ek....

hmm... memandangkan aku mmg la bosan duk umah ni kan... so aku pun nak share sket kat perbezaan bdk dok asrama nn bdk dok umah... soo.... jom roger2...
  • bagi bdk asrama, bju x basuh 3 ari... ala biase la 2 tapi bagi bdak dok umah, baju x tukar sampai petang pun da kire pengotor...

  • bagi bdk asrama, 1 mangkuk makanan ley kongsi sampai 5 org tapi ntok bdk yg x dok asrama, 1 mangkok 2..."weyh aku nyer sorg la"

  • bagi bdk asrama ble ckp nak blik umah, dye punye happy mcm nak gi eversea jer... tapi ble bdk yg x duk asrama ckp nak blik umah "oh god, i'm going to hell"

  • ble bdk asrama suh bdak kecik wat keje..."ala biase la 2... kate asrama" tapi ble bdk yg x duk asrama wat... mesti kene cop "eh, ko ni PEMBULI LA.... MASUK BILIK HEM!!!!"

  • ble bdk dok asrama tukar baju depan kawan "ala biase la 2... ape ko ade aku ade gak!!" tapi ble budak x dok asrama tukar baju depan kawan "isk!! KO NI X MALU LA...!!!"
haha... 2 jela yg aku dapat kuarkan dari pale otk aku yg kosong ni....

so kawan2... ingatla zaman kite bersekolah... sesungguhnya zaman 2 x kan ley dikembalikan n akan dikenang sampai ble2...<--- touching la plak... I LOVE U ALL GUYS.... c u next time... by miss flora....

...Ohanakuamatmerinduimu...

ble aku trdgr satu lgu di ikim...

aku teringt 1 keluarga...

sdeyh aku ble mndgrnyer...

itulah lagu itu



"Bingkisan Rindu"



Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

OUT!!

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada ohana yang da tulis post kat blog ini.
Satu pengumuman!
Hari Ini: 18 Dec 2010, Wak nak datang KL. So, siapa-siapa yang nak jalan-jalan kat Pavillion khususnya boleh la datang. Kita meriahkan sama-sama. Haha. Bawak duit sendiri. Kalau nak datang inform aku. Call or message me anytime.

Tempat: Bukit Bintang
Masa: 11.00a.m - petang/malam.
Tempat Berkumpul: Starbucks [Time Square] Sebelah Krispy Kreme.

Antara aktiviti: Macam biasa [jalan-jalan, bowling, wayang, makan, arcade]

Ok. Sesiapa yang nak datang inform aku.

Satu lagi perkara, Sesiapa [OHANA] yang belum dapat e-mail daripada aku, tolong inform secepat mungkin dan sertakan sekali e-mail.

Terima Kasih, Assalamualaikum

Rahsia Jari....

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Wahai Remaja....

Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta bi'ah yang solehah.

Wahai remaja ,
bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!

Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.

Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf .

Wahai remaja ,
kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend' wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana dengan status remaja islam ? Sememangnya wajib memilikinya seorang sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !

Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !


Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji Allah itu pasti !


Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan.
Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !

Wahai remaja,
kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.



Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.



Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? " Yaasin : 60-62

oiii...

x de spe yg on 9 kew???

Untukmu OHANA


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Di Sini Kita Bermula, Bertemu dan Berpisah.... T_ T

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Alhamdulillah, berkesempatan jugak untuk update blog ni... Dan dekat 7 bulan rasanya x terupdate. Sigh.... (speechless untuk sementara waktu....).... We really are Ex MOZAC, aren't we?

Rasanya biler agaknya batch ni lengkap? Ada sesiapa yang tahu? Yang aku tau ia bermula pada tanggal 12 Januari 2006 dan lengkap pada waktu 0910 join berkolaborasi ngan 0610 dan berkat ukwah kita dan redha Illahi, kita lupakan segala perbezaan kita dan bentuk sebuah keluarga, OHANA. Dekat sini, ikhlas aku nyatakan walau berapa banyak pun kenangan yang telah kita lalui bersama, aku still rasa waktu dengan OHANA masih terlalu singkat. 8 Disember 2010 telah menjadi penamat buat kita semua. But believe me, OHANA will never be apart!

Cuma sekarang ialah masa untuk kita berjuang di haluan masing-masing dan bertemu semula 'nanti' di syurga jannah Allah, InsyAllah... Jadi, silalah dengan semangat yang membara, kita sebarkan apa yang kita dah belajar di bumi cinta kita kepada semua orang kat luar sana. Biar seluruh dunia tahu, siapa OHANA! Sebab seperti yang kita tahu manusia terbaik ialah orang yang baik dan membawa kebaikan kepada orang lain...

Blog ini tujuan sebenarnya untuk kita semua untuk keep in touch ngan seluruh warga OHANA selain berkongsi informasi. Maafkanlah saya sebab x dapat nak kumpul semua orang punya e mail... (T_T) Tapi mana yang ada ni saya akan fowardkan kan admin supaya boleh update status anda sendiri nanti...

Lastly, para jemaah OHANA sekalian, jangan lupa segala ibadah kita. Perjuangan belum selesai. Jumpa lagi time amik results. Semoga impian kita menjadi batch emas terlaksana.... Amin Ya Rabbal Alamin!!!

p/s : tunggu sama2 Muhyiddin Yassin datang naik scooter kat sekolah kita... Yeah!!!
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten