Sehari Bersama Angkasawan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia dan Kementerian Perpaduan ,Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Mozac mengadakan program sehari bersama angkasawan negara Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor pada Sabtu 14 Februari 2009 bertempat di persekitaran sekolah kita dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang.Tuan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia En Raslin Bin Abu Bakar merasmikan program di dewan Sultan Muzaffar Syah. Ketibaan Ketua pengarah dan Angkasawan Negara disambut oleh kepimpinan sekolah dan diiringi ke astaka untuk sesi Jom Baca dan Mari Membaca Bersama. Acara di dewan didahului dengan nyanyian negaraku, Negeri Melaka , bacaan doa, persembahan wind Orchestra dan koir sekolah.11 buah sekolah diberi sumbangan buku dari ketua pengarah melalui pengetua masing-masing. Selepas upacara perasmian tetamu dibawa ke bilik Ekonomi Rumah Tangga untuk sesi bersama wartawan.
Sesi kedua adalah lawatan ke bilik R and D bagi mempamerkan hasil kerja pelajar MOZAC. Kemudian, Sesi Motivasi bersama angkasawan di dewan Sultan Muzaffar Syah untuk menceritakan sedikit sebanyak halangan beliau bagi menjadi seorng angkasawan diiringi tayangan video selama 45 minit. Sejurus itu, Angkasawan Negara telah makan tengah hari bersama para tetamu dan warga pendidik sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi autograf bersama para pelajar dan guru.




 
Copyright © Muzaffar Zerosixten