Program Jalinan Kasih Tingkatan 4






Pada 21 Februari 2009,bersamaan hari Sabtu ,telah berlangsungnya program Jalinan Kasih yang telah melibatkan semua pelajar tingkatan 4.Program ini telah diadakan dari pukul 3 petang hingga 11 malam bertempat di sekitar kawasan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan kursus ibadah sukatan matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 secara praktikal.Selain itu,program ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra bersama mentor masing-masing.

Dalam sesi pertama ,kami telah diajar cara-cara penyembelihan ayam yang sah serta langkah-langkah membersihkan ayam dengan betul.Guru- guru Pendidikan Islam dan beberapa mentor telah menghadirkan diri untuk membimbing kami disepanjang proses penyembelihan ayam.Pelajr-pelajar lelaki ditugaskan laks untuk menyembelih ayam manakala pelajar –pelajar perempuan ditugaskan pula untuk mencabut bulu dan memotong ayam.Selepas itu,ayam tesebut diperap dengan rempah-rempah yang disediakan oleh mentor-mentor.

Sesi kedua program ini telah dimulakaan pada pukul 8 malam di hadapan Bilik Pancaragam.Dalam sesi ini,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut mentor masing-masing.Kami telah bekerjasama untuk memanggang ayam-ayam tersebut.Menu makan malam kami ditambah lagi dengan makanan yang dibawa oleh mentor-mentor kami.Antaranya ialah nasi lemak,kek coklat,agar-agar dan sebagainya.Malam itu telah dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh para pelajar .Badan Didikom juga telah mempersembahkan beberapa slide show yang memaparkan gambar-gambar disepanjang program ini.Pada pukul 9 .30 malam kami telah mula menjamu selera.

Program ini diakhiri dengan aktiviti bergotong–royong membersihkan kawasan tersebut.Secara umumya,program ini membawa banyak manfaat kepada kami.Selain daripada mendalami ibadah penyembelihan ayam ,kami juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara mentor dan mentee serta mengenali dengan lebih mendalam erti kerjasama dan perpaduan.

 
Copyright © Muzaffar Zerosixten