Setahun Bergelar Alumni

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Pejam celik pejam celik, 2011 dah nak abis dah dalam beberapa hari je lagi. Kemudian 2012 bakal menyusul pulak. Sedarkah kita yang setahun kita bergelar ALUMNI MOZAC. Anda tak sedar? Saya pun baru sedar semalam. Dah setahun kita tinggalkan SBT tu (Sekolah Bukit Tinggi). Masing2 dah dalam laluan hidup masing-masing. Ada yang dah berada di luar negara, ada yang sedang bersedia untuk ke luar negara dan selebihnya sedang menuntut di matriks dan asasi untuk berbakti kepada negara. Haha.



Sebab baru setahun, mungkin menjadi alumni ni bukanlah sesuatu yang penting buat kita. Ye la, kita pun masih belajar, kerja pun tak de lagi, kalau bercakap mengenai alumni pun rasanya kita tak terasa apa2. Betul ke tak de apa yang boleh kita sumbangkan? Bagi saya setahun ke mahupun baru sehari bergelar alumni, saya rasa banyak yang boleh kita contribute untuk sekolah dan masyarakat.

Sepanjang setahun ni, saya dicampakkan oleh Yang Maha Esa ke UiTM Shah Alam selaku penuntut program Asasi Undang-Undang. Hari pertama kat sana saya cari kawan2 from MOZAC, dan malangnya saya seorang sahaja wakil tunggal 0610 kat situ. So tanggungjawab menjaga nama sekolah tergalas di bahu saya seorang.

I'm pretty much the same, I didn't change that much except for my physical appearance yang makin kembang dari hari ke hari. Saya masih lagi berperangai sewaktu di MOZAC dulu at that kinda differs me from the others. Ramai yang pelik dengan cara dan pandangan hidup saya yang sememangnya banyak depengaruhi dengan cara hidup MOZAC. I have to admit, saya cuma belajar mengenai hidup remaja ni kat sekolah je. Saya tak ramai kawan kat luar, so saya tak tahu sangat cara hidup remaja2 kat luar ni.

Berada di IPTA pun saya masih lagi tak boleh nak lari dari tanggungjawab. Selaku pemimpin kecil asasi, ramai yang selalu tanya saya dari sekolah mana? Ramai jugak yang ada perception saya ni produk KISAS or mungkin satu lagi produk MCKK. Saya ketawa bila dengar perkara macam tu. Saya ni ada muka KISAS or MCKK ke? Saya selalu cepat2 betulkan pandangan mereka. Saya akan tegaskan saya ni budak MOZAC. Kalau mereka tak kenal, saya akan ceritakan serba serbi pasal sekolah kesayangan saya ni.

Selalu je lecturer tanya asal usul student dia. Soalan yang paling common ialah 'Please state your last school'. Bila my classmates memperkenalkan diri, mereka mesti akan cakap 'I was from....' Saya pulak on the other hand akan sentiasa sebut 'I am from...' sebab saya rasa saya tak pernah graduate pun from MOZAC. It's always part of my life and I learn everything from it.

Kawan2 saya yang rapat2 kat UiTM ni selalu kata saya ni macam MOZAC counter. Setiap hari berapa kali dah saya sebut pasal MOZAC. Until now, dalam kereta saya selalu cerita kat parents saya mengenai bagusnya MOZAC tu. Recently saya cerita kat mereka pasal kejayaan PMR MOZAC. Eventhough saya tak de pun sedara mara f3 tahun 2011. Setiap hari saya akan check blog sekolah untuk pastikan I am well updated with the school current affairs. Masa result PMR keluar, saya cepat2 call Cikgu Saripah untuk tanya result MOZAC. Bila cikgu beritahu je tu result terbak dalam sejarah saya terus ucap Alhamdulillah, bangga dengan kejayaan juniors. Lepas tu saya excited bagitau kat classmates saya, MOZAC nombor satu kat Melaka. Saya yang sibuk check rangking SBP MOZAC.

Kenapa la perangai saya mcam ni yer? Sebab I love MOZAC unconditionally. Saya bukan siapa2 kalau saya takde MOZAC. I always wish to be part of it sejak kecil lagi. Sekarang dah setahun dah saya bergelar alumni sekolah tu. Apa yang saya mampu buat setakat ni hanyalah mendoakan kejayaan MOZAC dan kebahagiaan cikgu2 serta kecemerlangan setiap warga dia. Saya suka bila dengar kawan2 OHANA berjaya kat luar sana. Bila results exam keluar, saya pastikan saya tahu result kawan2 saya. Sebab saya rindu dan ambil berat keadaan mereka.

Ingatlah ye sahabat2, kita keluar dari MOZAC untuk berkhidmat pada bangsa kita. Ilmu kita ni untuk panduan ummah. Jadilah seorang Alumni yang bangga dengan sekolah dia. Setiap kali orang tanya saya dari mana, saya akan kata saya daripada sekolah yang terbaik, MOZAC. Biarlah orang nak kata saya berlagak, memang hakikat MOZAC tu kebanggan saya. Satu lagi kisah, ada seorang perempuan dalam kelas saya kata saya ni sombong sebab saya tak berapa nak rapat sangat dengan budak perempuan ni. Dia tanya saya daripada sekolah 'elite' mana? Saya ketawa je bila dengar soalan tu. Sampai ada yang nampak perangai saya ingatkan MOZAC tu sekolah all boys. Haha.

I may not be the perfect Muzaffarian, but I can assure you that I am always proud with my batch and my school. Because everything that I had achieved I owed every single of them to MOZAC. If I wasn't part of it, I'm pretty sure I will never have a bunch of awesome people around me.

Kejayaan mereka, Kebanggaan kita, Inspirasi semua...

Ohana Gathering

Asslamualaikum.

Ameerul Rahimy nak ajak semua warga ohana yang berkesempatan tuk buat reunion lah kononnye,
especially kepada yang berada di sekitar KL. Harap2 jadik lah. Boleh kita berbual panjang. Haha.

Boleh recommend bile and kat mana. Make sure weekend la.
Further infos, please pm Ameerul Rahimy a.k.a MABLUR.

notes: AZRI! toksah nak kerek ngan Bendaharalah. Sini lawan gusti lengan dengan aku. Tengok Bendahara ke Temenggung menang..

We've won it 6ixth Times

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. This entry is specially written to cherish the beautiful moments that we have back then in MOZAC. Salah satu perkara paling best tentang SBP ialah sistem rumah sukan yang diamalkan bertujuan untuk melatih pelajar hidup dalam sebuah sistem sosial yang teratur. We probably adapt this system from the Greek concept of fraternity. It all began in 2004 when all existing SBP must practise the sport house system. At first, MOZAC tidaklah begitu mengamalkan konsep ini sehinggalah tahun 2009 apabila semua pelajar serumah wajib tinggal satu floor. Dan di MOZAC, we have 4 renown sport houses that have their very own unique personality. Saya patut terangkan rumah-rumah sukan itu sebab takut ada readers yang bukan warga Muzaffar, I hope we have. Haha. The 4 powerhouses are Bendahara (Kuning : Kami tiada kaitan dengan pengerakan BERSIH 2.0), Syahbandar (Hijau : Kami bukan Slytherin), Temenggung (Merah : Kami sama sekali bukan penyokong the Red Warriors, Kelantan mahupun Patriot) dan lastly Laksamana (Biru : Kami bukan duta sabun Lux dan kami support Barisan Nasional). Haha. No heartfeelings ok?

I definitely miss all those moments. In fact I wish I can redo it again and again. Saya pasti setiap warga OHANA ada kenangan indah bersama rumah sukan masing2. Pada setiap penghujung tahun, pada kemuncak Malam Seribu Bintang atau nama barunya yang tak berapa nak best, Malam Anugerah Muzaffar, akan diumumkan rumah sukan terbaik keseluruhan, which for me is the most prestigious and anticipating award on that night. Simply because it's the only award that you can share and celebrate with your house members. Kebiasaanya sebelum tu akan diumumkan rumah sukan terbaik mengikut kategori. Akademik, Sahsiah, Kokurikulum dan 3K.  In 2004, Laksamana was the very first house to win it, Syahbandar took it the following year. And in 2006, the year we join the school, Bendahara won it for the first time and since then till 2011, Bendahara is still the defending CHAMPION!!! That's right folks, We've won it 6ixth times!!! Err... Temenggung masih lagi sedang gigih berusaha. Hey, I'm proud to say I was a Bendahara. Even though I don't really suit the colour but I have great pride in the name. It's not easy to retain it for six consecutive years. So apa yang saya tulis ni might be very biased to other houses. Sorry. No heart feelings again?

Muka Syafiq selepas Bendahara juara buat kali kelima. KR Terbaik!!!!

Nash dan Temenggung yang memberi cabaran sihat

Mamat : Janji Syahbandar juara 2010 tinggal kenangan. Haha.

Fathi : Tidak mampu membawa revolusi Laksamana

But even Bendahara has its own Achilles heel. Kami sangat horrible dalam Kejohanan Sukan Tahunan. We really were. For five years, 2006-2010, Bendahara best achievement was 3rd place in 2008, tahun lain semua last place. However Bendahara sangat bagus dalam psychological warfare. Kami ialah mastermind dalam projek memboikot rumah lain pada sukan tahunan yang menjadi amalan setiap tahun.

Senarai mangsa :
2006 : Temenggung
2007 : Syahbandar
2008 : Temenggung
2009 : Syahbandar
2010 : Laksamana

Bendahara juga tidak pernah diboikot. Haha.  A revolution happen in 2011 when Bendahara won Sukan Tahunan and Overall Champion, double buat kami. We, OHANA's Bendahara may not have anything to do  dengan kemenangan keenam ni but we are the ones who created the legacy. Selepas 5 tahun kita menang, the younger generation mesti tak rela untuk kalah. I personally consider 2008 as Bendahara best year as we won the Akademik, Sahsiah and Kokurikulum Categories and as usual juara keseluruhan. Buat OHANA rumah lain anda telah memberi saingan yang hebat. Haha. Moga entry ini membawa kita kembali ke zaman persekolahan kita. Rindu semangat rumah.



Bolder, Brighter, Better  

Wassalam...

You Are Born To Be A Leader

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Iye saya terasa untuk menggalakan lagi diri ini untuk menulis lagi dalam blog ni untuk memastikan ianya terus hidup penuh bertenaga. So kali ini nak menulis tentang seorang lagi sahabat kita, Nur Anis Atika Binti Zainal Abidin. Bekas PKP kita and for the record our renown Bintang Muzaffar 2010. Hey Anis, do you know that you are born to be a leader? Well actually everyone have their very own leader inside them. But the difference is, a pure and true leadership quality can be felt anywhere, in any environment, in any society. And note that, the quality lies inside you Anis. It is so overwhelming that it reaches a certain extent which everyone will hail you as a leader anywhere you go. And not just a mere leader, a great leader indeed. Whoa, what's up with all this flattering. Anis tak mahu saya ceritakan, but I desperately need to share this achievement at least with my fellow OHANArians. Yeah, Anis telah dilantik menjadi MPP untuk Kolej Mara Banting. CONGRATULATIONS!!! Hebat kan? Haha. Further details saya tak tahu, tapi kalau ada masa sila ucap tahniah kepada dia. Sepanjang berkerja dengan dia for almost a year, I know that she walks the talks. There's gentleness in her strictness and she own a big heart for her batch. It's fair for me to say we can expect greater things from her in the near future. A round of applause for her. Anis, jangan marah aku tulis dekat blog ni. Haha.


Leadership Career Highlights :

Badri 2007

Pengawas 2008-2009

Timbalan Ketua Pelajar 2010

Bintang Muzaffar 2010

Anugerah Full Colours SBP 2010

MPP Kolej Mara Banting




Yang Dah Pergi

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Perasan tak, habuk kat blog batch ni dah tebal seinchi? Takde orang nak update ke? Semua dah busy agaknya, malklumlah semua dah bergelar alumni dan sedang berhempas pulas mendaki menara gading pulak. Tapi kalau ada masa nanti, jenguk2lah blog ni dan kalau rajin nanti boleh update blog ni, tulis je la ape2 yang terlintas di hati ke, masalah yang dikongsikan or mereka yang satu tempat pengajian tinggi beramai2 tu boleh jugak update aktiviti sosial berjemaah anda. InsyaAllah boleh ye.

Benda ni dah lapuk sangat tapi saya nak tulis jugak. Iye kali ini saya nak menulis tentang mereka yang dah pergi. Ade yang dah pergi ke dalam batch kita ni? Iye ade. Mereka telah selamat berangkat. Moga pemergiaan mereka dirahmati Yang Maha Kekal. Pemergiaan mereka bukanlah ke alam satu lagi tu, tapi ke bumi dipijak dan langit dijunjung yang lain. Mereka dah tak berpijak lagi di bumi Malaysia ni or berteduh di bawah langit tanahair ini. Akhirnya, daripada kita yang seramai 130 orang ni, 4 daripada kita telah sampai ke bumi Mesir untuk menuntut ilmu di sana. Alhamdulillah, ada jugak di antara kita yang bakal jadi lulusan daripada bumi para nabi. Jealous ni weyh, siapa tak mahu berpijak di tempat Nabi Musa, Nabi Harun dan ramai lagi Rasul yang lain. Saya takde rezeki so menunggu kat sini je lah. Haha. Moga pemergiaan mereka ke sana membawa barakah buat ummah, balik Malaysia nanti boleh bangunkan ummah dan harumkan nama MOZAC. Amin insyaAllah. Inilah dia mereka berempat yang sentiasa jadi kebanggaan kita.


Aizat Zainal
University of Mansourah, Egypt
Jurusan : Medic


Azim Azman
University of Alexandria, Egypt
Jurusan : Medic


Alia Ng
University of Tanta, Egypt
Jurusan : Medic


Dania Hazirah
University of Mansourah, Egypt
Jurusan : Medic lagi.

Sadly, tak sempat kita nak kumpul ramai2 kat airport untuk hantar diorang ni. So, kalau ada yang dah nak fly boleh la cerita di sini, tak mau ar pergi senyap2. Tak seronok. Kejayaan anda milik kita semua, kongsilah kat sini or at least bagitau kat group fb tu. Kepada mereka berempat, saya doakan berjaya di sana. Selamat berjuang. Mana tahu mereka2 yang di atas ini bakal beristeri or bersuamikan warga Mesir. Amin. Haha. Apepun jangan lupakan kami di sini, doa kami sentiasa mengiringi.

Sekalipun jalan Allah itu penuh ranjau dan duri, andai imanmu teguh dan kukuh pasti jalan itu diiringi bunga harum mekar mewangi

Wassalam...

Rindunya pada Ohana

suara azan..

assalamualaikum..
GELOMBANG AZAN DAN ZIKIR
Frequensi Otak

Apabila otak kita melakukan aktiviti ia menghasilkan gelombang. malah saintis barat dan juga saintis Jepun menggunakan otak monyet sebagai subjek untuk mengawal pergerakan robotik, sungguh membangga kan. sebenarnya gelombang otak manusia boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu:-

1) Sedar (Beta: 15-30Hz)

2) Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3) Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)

4) Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi). dengan kata lain ianya adalah aktiviti daripada otak.
1. Gelombang Beta 15-30Hz (Sedar)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.
Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.
2. gelombang Alpha 9-14Hz (Bawah Sedar)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.
Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.
Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada seseorang dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran orang itu dan terus diingati.
Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.
Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.
Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.
Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak bicara. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.
Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

3. Gelombang Theta 4-8Hz (Bawah Sedar)

Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.
Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.
Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.
Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.
Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Gelombang Delta 1-3Hz (Tidak Sedar)

Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.
Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta dan bukannya Delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam Beta.
Mengikut Dr Azhar Sarip yang telah membuat kajian mengenai azan yang berkumandang. Menurut beliau Azan yang dilaungkan mempunyai frekuensi gelombang Theta.
Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.
Bukan sahaja azan tetapi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran jugak mempunyai gelombang ini iaitu gelombang Theta. menurut beliau kita sentiasa menghasilkan gelombang Beta. gelombang Beta ini menyebabkan dunia kita tidak sihat. jadi kehadiran azan menghasilkan gelombang Theta. Gelombang ini bertindak sebagai pengimbang atau 'stabilizer' kepada dunia kita. jadi azan telah mengimbangkan dunia kita ini.
Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat pertama yang bermaksud
"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)
Semua makhluk Allah yang berada di dunia ini bertasbih kepada Allah. seperti yang telah jelaskan tadi, tasbih ini akan menghasilkan gelombang Theta yang mengimbangkan dunia ini. pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di hutan semuanya bertasbih kepada Allah. akan tetapi perbuatan manusia yang lupa tentang tangungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini telah memusnahkan alam semula jadi kita. bukan sahaja mereka telah menyebabkan pemanasan global, malah telah mengurangkan bilangan makhluk Allah yang bertasbih. mengurangkan sumber penghasilkan gelombang Theta.
Kesimpulan
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.
Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.
Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.
Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT. Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

FAKTA TAMBAHAN
Selain daripada penunjuk masuk waktu solatm, azan juga sering dilaungkan ketika
1. Meletusnya peperangan
2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)
3. Orang yang histeria atau disampuk jin
4. Pergaduhan
5. Sebelum bermulanya musafir
6. Bila berlakunya kebakaran
7. Sesat di dalam hutan
8. Berlaku ribut kuat

Wallaua'lam
Assalamualaikum..

Isnin depan hari guru.. Tapi sebab malam ni dalam Sesi Soal Jawab di tv 3 ada membawakan topik Hari Guru jadi saya pun tergeraklah nek mencoretkan serba sedikit tentang hari guru...

Konflik yang terjadi awal-awal tahun dahulu kadangkala mengelirukan saya.'Kenapalah sampai jadi macam ni'.. Tapi setelah mendengar luah rasa Miss Ija sendiri dan Cikgu Azniza yang bercerita perihal guru-guru SBP saya sedar betapa besar pengorbanan seorang guru terutama bagi guru-guru di SBP..

Jadi kawan-kawan, satu hadiah yang terbaik boleh kita doakan untuk guru-guru selain yang presentable secara lahiriahnya,yang datang daripada hati adalah lebih baik.. Kalau dahulu sewaktu di sekolah takkan lepas bibir menyebutkan 'amiin' saat imam membarisi doa dengan bait kata " ya Allah selamatkanlah ibubapa kami,GURU-GURU kami,sahabat-sahabat kami..." biarlah doa ini berterusan walaupun kita telah menjadi bekas pelajar..


Guru O Guru
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Wallahualam..

P/s: Elakkan diri dilabel PEANUT! hehe..ADIOS

OHANA Bloggers

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Yes, I know, saya pernah post benda ni sebelum ni. But I want to repost it again. Sebab I'm quite impressed by the uprise of OHANArians yang mula berblogging ni. And honestly memang varies, and they shared about cool stuff gak. So here I list it again... Hope takde yang saya terlepas pandang. Kalau ada, ADMIN silalah edit post ni yer...

So, do visit all the blogs list above. So ADMIN, please do edit this post kalau ada lagi list blog OHANA yang saya tertinggal. And I do aware yang ramai tumblr jer sekarang ni, but what to do, saya bukan techno-freak so saya tak tahu sangat pasal tumblr ni.

And saya juga ambil kesempatan wishing Alyya Syahirah millions of congratulations kerana telah berjaya dapat scholarship PETRONAS. Haha, future engineer la nampaknya. Dan tak salah jugak kalau wish congratulations awal-awal kepada OHANArians yang score 8A+ and above as anda semua telah dijamin biasiswa JPA.

Tak lupa jugak kepada semua yang bakal sambung pelajaran di IPTA di seluruh negara dan di Matriks jugak. Wishing all the best to everyone in every field. Jauh-jauh kita terpisah, moga OHANA tetap di hati.

'Sekali kita bersuara, Seluruh dunia pasti mendengarnya'

Wassalam~

Kalau di US ada Jay-Z, di Malaysia kita ada JOZAN






AMBIL IKTIBAR....

SIAPAKAH KITA??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...

KALAU NK TAHU,KENA BACA POST NI !!

Asal-usul api di dunia ini..

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Ji...bril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

SEBESAR ZARAH SAHAJA.!! MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

BACA JANGAN TAK BACA..

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.
Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama.
Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.

Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan buah tangan buat orang di rumahnya.”
Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”.
Kali ini pemuda itu merasa serba salah untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.
Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
“Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?”.
Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah menjadi pantang bagi si ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.Moga mjadi pengajaran wat kita dalam menjalani kehidupan seharian...

ingat Allah selalu ye OHANA ku..



assalamualaikum..
ohana sekalian..
dalam kita gurau2,seronok berchatting kt fb,ke kt blog ni ke,jg lupe Allah..banyak dah warga OHANA kita yang dah lupa akan adab2 sebagai muslim..aurat dan batas pergaulan tak dijaga..nanti,macam mane kalau dah masuk u,lagi banyak cabaran..senang terpengaruh dengan kawan2 yang baru kita kenal..benda ni bukan main2 tau..saya cakap bagi peringatan buat semua OHANA..semoga kita terjaga dan di bawah peliharaan Allah..solat jangan abaikan..dalam masa nak menunggu tawaran ni,penuhi masa kita dengan memperkukuhkan iman di dada..always keep in touch with Allah..dunia ni sekejap je..sedar tak sedar dah 18 tahun pun..lg dekat dengan kematian..jangan kita dilalaikan oleh dunia..sebab kehidupan kita yang sebenar adalah di akhirat..okey,take care of your iman!

finally.....

lawa la blog kita skang nie...
bwu bes ckit nk tgok2...
x de la cm dulu2 2...
skang nie nmpk la da moden...
huhu...
pape pown,kpd ohanarians...
rjin2 la update blog nie...
spye kita x lost contact.okay...
wassalam...

HAHAHAHA...Blog is UpdaTED


Belum Terlambat Lagi....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Aha... Really hope it's not too late to say this....
But then just want to say....


GOOD LUCK TO ALL OHANA's INTERVIEWEE!!!

Hope korang semua really do your best dalam interview session. Do make us all proud. Sebab kejayaan anda adalah milik MOZAC dan kita semua. Dah tiba masa untuk kita melangkah dan mengegar dunia. InsyaAllah kejayaan milik kita semua~

P/s : Btw, who needs luck when we have Allah on our side? But then do remember to sit down and pray hard.... Ingatlah, Allah mampu mengubah segalanya....

first time kubuka blog ini..

first time kubuka blog ini,
baru kutahu yang aku pun boleh post gak,
lalu,
aku pun post lah,
dengan semangatnya,
dan berharap tiada orang yang akan padam,
semua post2 aku,
supaya semua orang,
tahu isi hatiku,
andai ada yang mendeletekan postku,
kutetap tahu siapa orang itu,
wahai pembaca blog ini,
tahukah kamu siapa yang akan mendeletekan postku ini??
tentulah syakir zufayri..
hahaha...

PERINGATAN

assalamualaikum semua..
ohanarians..
sememmangnya kita tahu yg result spm kite akn keluar..
disini saye ingin mengingtkn..
disamping kite berdoa,serta melakukn amln2 khusus kite,
jgn kite lupe..mentaati ibu bapa,menjaga aurat..
kerna seperti yg kite tahu,
klu kite nk dekat peperiksaan,40 hari sbelum peperiksaan tu,kite kne wat baek,jgn wt palat..btol x??? sme la dgn kite menunggu kputusn peperiksaan kite tu..
sama2lah kite berusaha meningkatkn amln..INSYA ALLAH..saya pun terlalai dan terkdg leka..sama2 kite berdoa apa yg terbaek ntok hidup kita..
berdoalah agar dipermudahkn urusan pmbljrn,kehdupn dunia dan akhirat..
paling penting disini ohanarians,..
dlm kite berdoa agr diberi kputusan yg cemerlang,9A+..
jgn lupe..hendaklah kita titipkn di akhir doa kita tu..'YA ALLAH..BERIKANLAH KECEMERLANGAN PADA KAMI.OHANA DALAM KEREDHAAN MU..'
agar..kita tidak akn berasa tidak bersyukur,riak,takabbur kerana kjayaan kita ni adalah dlm redha ALLAH..
INSYA ALLAH..
sentiasa lah berdoa..
'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YA ALLAH,KAU JADIKANLAH AKU SEORANG YG SENTIASA BERSYUKUR,SEORANG YG PENYABAR,KAU RENDAHKNLH PANDGN MATAKU PADA DIRIKU SENDIRI SERTA KAU MULIAKNLH PANDGN ORG LAIN TERHDP DIRIKU INI YA ALLAH,..amiin'.
amlkn surah yusuf ayat 4..memohon hjt..INSYA ALLAH kwn!!
ok..tamat pasal reslt..

saya rase mesti dh x ramai ohanarians yg tgok blog kite ni kn..huhu
sedih la plak..
ok la..
wassalamualaikum~

bingkisan rindu

 
Copyright © Muzaffar Zerosixten