suara azan..

assalamualaikum..
GELOMBANG AZAN DAN ZIKIR
Frequensi Otak

Apabila otak kita melakukan aktiviti ia menghasilkan gelombang. malah saintis barat dan juga saintis Jepun menggunakan otak monyet sebagai subjek untuk mengawal pergerakan robotik, sungguh membangga kan. sebenarnya gelombang otak manusia boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu:-

1) Sedar (Beta: 15-30Hz)

2) Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3) Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)

4) Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi). dengan kata lain ianya adalah aktiviti daripada otak.
1. Gelombang Beta 15-30Hz (Sedar)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.
Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.
2. gelombang Alpha 9-14Hz (Bawah Sedar)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.
Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.
Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada seseorang dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran orang itu dan terus diingati.
Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.
Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.
Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.
Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak bicara. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.
Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

3. Gelombang Theta 4-8Hz (Bawah Sedar)

Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.
Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.
Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.
Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.
Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Gelombang Delta 1-3Hz (Tidak Sedar)

Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.
Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta dan bukannya Delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam Beta.
Mengikut Dr Azhar Sarip yang telah membuat kajian mengenai azan yang berkumandang. Menurut beliau Azan yang dilaungkan mempunyai frekuensi gelombang Theta.
Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.
Bukan sahaja azan tetapi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran jugak mempunyai gelombang ini iaitu gelombang Theta. menurut beliau kita sentiasa menghasilkan gelombang Beta. gelombang Beta ini menyebabkan dunia kita tidak sihat. jadi kehadiran azan menghasilkan gelombang Theta. Gelombang ini bertindak sebagai pengimbang atau 'stabilizer' kepada dunia kita. jadi azan telah mengimbangkan dunia kita ini.
Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat pertama yang bermaksud
"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)
Semua makhluk Allah yang berada di dunia ini bertasbih kepada Allah. seperti yang telah jelaskan tadi, tasbih ini akan menghasilkan gelombang Theta yang mengimbangkan dunia ini. pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di hutan semuanya bertasbih kepada Allah. akan tetapi perbuatan manusia yang lupa tentang tangungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini telah memusnahkan alam semula jadi kita. bukan sahaja mereka telah menyebabkan pemanasan global, malah telah mengurangkan bilangan makhluk Allah yang bertasbih. mengurangkan sumber penghasilkan gelombang Theta.
Kesimpulan
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.
Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.
Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.
Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT. Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

FAKTA TAMBAHAN
Selain daripada penunjuk masuk waktu solatm, azan juga sering dilaungkan ketika
1. Meletusnya peperangan
2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)
3. Orang yang histeria atau disampuk jin
4. Pergaduhan
5. Sebelum bermulanya musafir
6. Bila berlakunya kebakaran
7. Sesat di dalam hutan
8. Berlaku ribut kuat

Wallaua'lam
Assalamualaikum..

Isnin depan hari guru.. Tapi sebab malam ni dalam Sesi Soal Jawab di tv 3 ada membawakan topik Hari Guru jadi saya pun tergeraklah nek mencoretkan serba sedikit tentang hari guru...

Konflik yang terjadi awal-awal tahun dahulu kadangkala mengelirukan saya.'Kenapalah sampai jadi macam ni'.. Tapi setelah mendengar luah rasa Miss Ija sendiri dan Cikgu Azniza yang bercerita perihal guru-guru SBP saya sedar betapa besar pengorbanan seorang guru terutama bagi guru-guru di SBP..

Jadi kawan-kawan, satu hadiah yang terbaik boleh kita doakan untuk guru-guru selain yang presentable secara lahiriahnya,yang datang daripada hati adalah lebih baik.. Kalau dahulu sewaktu di sekolah takkan lepas bibir menyebutkan 'amiin' saat imam membarisi doa dengan bait kata " ya Allah selamatkanlah ibubapa kami,GURU-GURU kami,sahabat-sahabat kami..." biarlah doa ini berterusan walaupun kita telah menjadi bekas pelajar..


Guru O Guru
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Wallahualam..

P/s: Elakkan diri dilabel PEANUT! hehe..ADIOS

OHANA Bloggers

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Yes, I know, saya pernah post benda ni sebelum ni. But I want to repost it again. Sebab I'm quite impressed by the uprise of OHANArians yang mula berblogging ni. And honestly memang varies, and they shared about cool stuff gak. So here I list it again... Hope takde yang saya terlepas pandang. Kalau ada, ADMIN silalah edit post ni yer...

So, do visit all the blogs list above. So ADMIN, please do edit this post kalau ada lagi list blog OHANA yang saya tertinggal. And I do aware yang ramai tumblr jer sekarang ni, but what to do, saya bukan techno-freak so saya tak tahu sangat pasal tumblr ni.

And saya juga ambil kesempatan wishing Alyya Syahirah millions of congratulations kerana telah berjaya dapat scholarship PETRONAS. Haha, future engineer la nampaknya. Dan tak salah jugak kalau wish congratulations awal-awal kepada OHANArians yang score 8A+ and above as anda semua telah dijamin biasiswa JPA.

Tak lupa jugak kepada semua yang bakal sambung pelajaran di IPTA di seluruh negara dan di Matriks jugak. Wishing all the best to everyone in every field. Jauh-jauh kita terpisah, moga OHANA tetap di hati.

'Sekali kita bersuara, Seluruh dunia pasti mendengarnya'

Wassalam~

Kalau di US ada Jay-Z, di Malaysia kita ada JOZAN






AMBIL IKTIBAR....

SIAPAKAH KITA??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...

KALAU NK TAHU,KENA BACA POST NI !!

Asal-usul api di dunia ini..

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Ji...bril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

SEBESAR ZARAH SAHAJA.!! MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

BACA JANGAN TAK BACA..

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.
Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama.
Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.

Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan buah tangan buat orang di rumahnya.”
Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”.
Kali ini pemuda itu merasa serba salah untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.
Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
“Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?”.
Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah menjadi pantang bagi si ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.Moga mjadi pengajaran wat kita dalam menjalani kehidupan seharian...
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten