Malam Seribu Bintang VS Malam Seribu Bulan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Jom, kita zikir banyak-banyak :) Bukankah berzikir dalam bulan Ramadhan ni tuntutan? Ingatkan orang-orang di sebelah anda untuk berzikir bersama.

Ehem, seperti tahun yang lepas, Ramadhan kali ni terasa sangat cepat berlalu, lebih-lebih lagi bila OHANArians jauh disisi. Dah takde lagi orang nak teman saya tadabbur Al Quran waktu tengah malam sebelum start stay up study semua, and dah takde jugak orang-orang yang caring selalu tanya bacaan quran saya dah sampai juz berapa, sentiasa meningatkan saya azam untuk habiskan bacaan Quran dalam bulan Ramadhan. Dah takde lagi dah orang-orang tu semua. Yang paling terkilan sekali, dah takde dah jugak orang-orang yang nak tolong kejutkan saya buat Qiamulail sama2 sampai terpaksa tidur atas lantai sejuk musolla, yang penting dapat bangun qiam dalam bulan puasa.

Rindu Jemaah ni...
DAH TAKDE DAH SEMUA TU. Sekarang ni masing-masing atas inisiatif sendiri, atas tuntutan iman sendiri. Kalau iman lemah, memang liatlah nak menambah kualiti dan kuantiti ibadah tapi kalau iman kita awesome, insyaAllah Ramadhan terasa sangat sweet sekali.

Alhamdulillah, sekarang ni kita dah berada dalam fasa terakhir bulan Ramadhan al Mubarak. Tinggal sepuluh hari je lagi. Macam mana Ramadhan kita? Ok ke tak? Lupakan persoalan tu semua, yang dah terlepas pergi biarkan berlalu dan kita fokus dekat 10 hari terakhir ni. Dalam sepuluh hari terakhir, pesan Rasulullah, Allah s.w.t akan menyediakan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Malam Seribu Bulan yang ternyata lagi best daripada Malam Seribu Bintang kita kan?

Menepati tujuan entry ini, saya nak berbicara sedikit tentang Malam Seribu Bulan ni, Lailatul Qadr, dan kita bandingkan eh dengan sambutan Malam Seribu Bintang kita dulu? (Saya tahu sekarang ni Malam Seribu Bintang dan tukar nama jadi Malam Anugerah Muzaffar, tapi nama baru tu tak dramatik. Hehe.) Kita buat comparison sikit eh?

Malam Seribu Bintang.. Malam yang indah...
Waktu kita semua berada kat Tingkatan 5 semua dulu, semua orang excited nak menempuh Malam Seribu Bintang kan? Kalau tak excited pun at least everyone looking forward for it, hoping that night would carve another great memory in your life. Saya masih ingat lagi ramai yang tak suka sangat bila sekolah buat Merentas Desa siang hari tu, ramai kata nanti malam penatlah, dapat sunburn lah... Hehe, macam-macam. In fact, ada yang doa sungguh-sungguh supaya malam tu tak hujan sebab taknak spoilkan Malam Seribu Bintang kita. Malam Seribu Bulan pulak macam mana? Ada excited macam ni tak? Kalau dulu, Malam Seribu Bintang tu, MOZAC nak raikan kita. Sekarang ni Lailatul Qadr, Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam nak raikan kita tau? Excited tak? Mestilah kan? Malam Seribu Bulan ini bagi saya personally ialah malam Allah begitu menyanjung para hambaNya, termasuklah kita. Untung, untung.



Kita bandingkan lagi, dulu masa nak Malam Seribu Bintang, kecoh kita semua decide nak pakai apa untuk malam tu. Iyelah, orang nak raikan kita kan? Mestilah kita nak nampak smart dan the best pada malam tu. Kita sibuk bincang nak pakai kemeja ke, baju melayu ke, suit ke, vest ke. Yang muslimah pulak sibuk fikir nak make up macam mana nanti, baju kurung or baju kebaya, jubah ke tidak. Kalau ada yang pakai purdah mesti sweet :) Begitu sekali kita mengharap kepada Malam Seribu Bintang tu, sampai kebanyakkan pakaian malam tu semuanya ada bau kedai lagi. Hehe. Semuanya brand new. Err, saya beli baru ke tak? Hehe, saya beli tie baru je, cukuplah. Malam tu F5 mesti nak nampak lagi stylish daripada batch lain kan? Junior takkan nak steal the show pulak?

Kalau Malam Seribu Bintang kita nak smart, Malam Seribu Bulan perlu lebih smart lagi :)
Ha, macam mana pulak dengan Lailatul Qadr? Ada beli baju baru tak? No worries. Allah tak pandang semua tu. Bahkan pandangan siapakan yang lebih mulia selain daripa pandangan Illahi. Dia nak tengok effort kita. Bersungguh ke tidak. Allah dah sediakan lebih daripada 1001 hikmah pada malam ni, cuba tinggal kita ni nak ke tak. Tak perlu baju baru dan tak perlu perfume harum semerbak or make up tebal-tebal. Tapi kalau nak jugak, boleh je, Allah kan suka kepada perkara yang cantik-cantik. Masa F5 dulu kita nak nampak lebih menonjol daripada juniors, namapun kita yang diraikan. Kali ni tak payah susah susah, Allah bagi extra care dekat kita. Inilah malam untuk tonjolkan kita ni hamba yang lebih baik didepan Allah.



Masa Malam Seribu Bintang dulu, kita seronok tangkap-tangkap gambar semua. Excited tak ingat dunia. Takpelah menurut kita, once in a lifetime experience katanya - -' Oleh itu kita pun mesti jadikan Lailatul Qadr ni excited macam tu jugak. Yang ni memang confirm once in a lifetime experience. Siapa boleh jamin yang dia dah bertemu dengan Lailatul Qadr? Anda yakin dah bertemu? Oleh tu dalam sepuluh malam terakhir ni jomlah kita beribadah sampai tak ingat dunia :) Tolak urusan dunia kita jauh-jauh sebentar, dan tumpukan malam kita untuk date dengan Allah. Panjatkan doa kita, pohonkan taubat daripadaNya. *Jangan lupa doakan saya sekali k? :)

Seronoklah kalau ramai-ramai macam ni ready for Qiamulail...
Waktu Malam Seribu Bintang dulu, kita ada macam-macam anugerah. Semua warga F5 siap dapat cenderamata lagi. Ada anugerah Rumah Sukan Terbaik, Pelajar Contoh, Anugerah Khas dan Bintang Muzaffar kan? Seronok waktu tu semua. Sama-sama kita raikan kegembiraan tu dengan kawan-kawan sekeliling. Sadly, Lailatul Qadr takde semua tu. Tapi Allah dah providekan perkara yang lebih cool. Allah sediakan pahala yang berlipat-lipat kali ganda untuk kita jadikan saham dekat akhirat nanti. Takde anugerah pun takpe, yang penting dapat celebrate dengan Allah. Itu anugerah terbesar buat kita. Kalau nak jugak penghargaan, Allah dah sediakan jannah buat kita, penghargaan paling mulia yang anda akan pernah dapat dalam hidup anda semua k.

Maka tunggu apa lagi, cepatlah rasa excited dan tingkatkan ibadah anda untuk 10 malam yang last ni. Eh kejap, takkan nak sorang2 je? Kita ni kan OHANA. Adik beradik sampai akhirat. Never be apart and never be forgotten kan? Jadi jomlah kita raikan bersama.



1. SMS kawan-kawan, kejutkan qiam. Lebih sweet lagi bila anda sanggup call demi nak beribadah sama-sama.

2. Hantar tazkirah ringan dekat kawan-kawan. Mesej raya pun ok, tapi selitkan jugak nilai-nilai dakwah tu, paling best kita ingatkan kawan-kawan kita tentang kematian eh? Kalau Malaikat Maut visit kawan kita 70 kali sehari, logik jugak untuk kita ingatkan kawan-kawan kita tentang kematian 70 kali sehari. Hehe :)

3. Paling penting doakan sahabat kita semua. Kita dah jauh terpisah. Dah tak hidup sebukit. Doa je penghubung kita semua. Saya amik ruang mintak anda semua doakan saya eh :)

4. Ingatkan kawan-kawan kita tentang Lailatul Qadr, biar semua rasa excited.

Selamat beramal OHANArians. Jom Lailatul Qadr ramai-ramai. Mari masuk syurga sama-sama :)

-Ramadhan, bukan sekadar berbuka puasa-

Wassalam...

Nota kecil : Entry yang sama turut saya postkan di blog peribadi saya, http://armyoffisabilillah.blogspot.com/, anda boleh visit ramai dan insyaAllah boleh follow atau like blog saya jika anda berminat dengan penulisan saya. Moga Allah redha :)
 
Copyright © Muzaffar Zerosixten