Bacalah

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

0610 forever!!

TAHNIAH!!



Tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain ragbi Batch 0610 yang telah berjaya mendapat tempat ke-2 cup dalam Kejohanan Ragbi B15 MSSN Melaka pada 10.NOV yang lalu.Kami juga telah terpilih untuk mewakili Melaka dalam Kejohana Ragbi B15 MSSS-MILO 2008 yang berlangsung di Padang S.M.K King George V.Di peringkat kebangsaan,pasukan mozac hanya berjaya sehingga peringkat suku akhir bowl.Nanum pengalaman yang kami diperolehi lebih bermakna & berguna untuk masa hadapan.Selamat Maju Jaya diucapkan.Akhir kata,jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sulaiman yang telah berkorban masa melatih kami selama ini & dilupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Ragbi Cemerlang,Muzaffar gemilang....

Selamat Bercuti

Akhirnya, cuti akhir tahun telah bermula pada hari Jumaat, 14 November 2008. Selamat bercuti diucapkan kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. Diharap, pelajar-pelajar dapat menjaga kesihatan dan mengulangkaji pelajaran untuk persediaan tahun hadapan.

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah mencatat pencapaian terbaik dalam semua bidang. Kami akan berusaha untuk menaikkan nama sekolah dari masa ke masa insyallah. Semoga pencapaian ini terus kekal selamanya.

Program Pasca-PMR

Setelah berakhirnya Peperiksaan PMR, pihak sekolah telah mengatur program Pasca PMR buat semua pelajar tingkatan 3 Mozac. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik seperti Paintball, Map Reading, Ujian Diagnostik, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Panorama Melaka dan banyak lagi. Diharap semua pelajar tingkatan 3 berseronok sementara menunggu keputusan PMR.

PMR 2008

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami, pelajar tingkatan 3 menduduki PMR 2008 pada 13 hingga 17 Oktober 08 dengan jayanya. Semoga kami mendapat keputusan cemerlang. Ameen.

Solat Hajat PMR & SPM 2008

Alhamdulillah, satu majlis solat hajat telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa para pelajar tingkatan 3 & 5. Bermula dengan solat fardhu maghrib berjemaah dan diteruskan dengan solat sunat taubat, solat sunat hajat & bacaan Yassin. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan jamuan ringan di dewan makan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendoakan pelajar tingkatan 3 & 5 yang bakal menduduki peperksaan PMR & SPM.

Salam Lebaran

Akhirnya saat yang dinanti telah tiba. Salam lebaran diucapkan kepada semua pelawat terutamanya warga Muzaffar. Maaf zahir dan batin dipinta andai ada salah dan silap terutamaya kepada guru-guru yang banyak mendidik kami supaya menjadi orang yang berguna. Doakan kesejahteraan kami dan juga untuk kecemerlangan PMR yang bakal kami duduki tidak lama lagi. Semoga tingkatan 3 dapat menaikkan imej sekolah dengan mengatasi target yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah!!!




Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana kita berjaya menyempurnakan ibadat puasa sampai ke hari yang terakhir ini.S ayu rasa dihati untuk meninggalkan ramdahan yang bakal meninggalkan kita ini. Kami hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Jauh didalam hati,membawa kesedihan dan kegembiraan menyambut bulan kemenangan ini, namun kita juga seharusnya beringat dan berwaspada akan kesihatan & keselamatan diri & keluarga. Ingatlah orang yang tersayang!!

Berhati-hati


Assalamualaikum.Kepada keluarga-keluarga yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menikmati kemeriahan bulan syawal ini,berhati-hatilah semasa memandu.Kepada pelajar tingkatan 3,jaga diri dan kesihatan,Pmr sudah hampir.Akhir kata,Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Keputusan Trial Melaka



Keputusan trial Melaka sudah keluar. Seramai 14 orang mendapat straight A's. Walau bagaimanapun, banyak pelajar yang mendapat 7A, 6A dan 5A. Semoga keputusan PMR dapat mengatasi target sekolah iaitu 107 dari 117 atau 91.4% mendapat straight a. Kepada warga sekolah, doakan kejayaan kami demi menaikkan imej sekolah. Amin..

selamat kembali ke sekolah!!!

Pada hari ini semua pelajar mozac akan pulang ke sekolah selepas bercuti selama 3 hari. Pada hari esok kami akan menduduki 2 lagi subjek bagi "trial" Melaka. Diharapkan anda semua dapat mendoakan kejayaan kami!!AMIN...

Trial Negeri Melaka 2008-PMR

Calon PMR sekolah seramai 117 orang pula sedang tekun menduduki kertas percuban Negeri Melaka dari 25-28 ogos 2008 di dewan sekolah.Semoga semua mereka cemerlang 8A...
Hari rabu ni akan meduduki lg 2 subjek iaitu Sejarah n Geografi..
Selamat Berjaya..





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak



Assalamualaikum...
Kepada semua "crew" mozac 0610. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. Semoga bulan yang penuh barakah ini dapat kita hayati dengan sebaik-baiknya. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah s.w.t kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Diharapkan juga dalam bulan yag penuh rahmat ini dapat kite mengulangkaji pelajaran di saat-saat kita menduduki peperiksaan PMR pada 13 oktober akan datang. Insyallah, saya akan berdoa untuk 100% "straight" A's. AMIN! Marilah kita berusaha bersama-sama...Akhir kata hiasi Ramadhan dengan amalan yang berfaedah untuk manfaat kita pada masa hadapan.


More RAMADHAN graphics

 
Copyright © Muzaffar Zerosixten