
Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah mencatat pencapaian terbaik dalam semua bidang. Kami akan berusaha untuk menaikkan nama sekolah dari masa ke masa insyallah. Semoga pencapaian ini terus kekal selamanya.
Akhirnya saat yang dinanti telah tiba. Salam lebaran diucapkan kepada semua pelawat terutamanya warga Muzaffar. Maaf zahir dan batin dipinta andai ada salah dan silap terutamaya kepada guru-guru yang banyak mendidik kami supaya menjadi orang yang berguna. Doakan kesejahteraan kami dan juga untuk kecemerlangan PMR yang bakal kami duduki tidak lama lagi. Semoga tingkatan 3 dapat menaikkan imej sekolah dengan mengatasi target yang telah ditetapkan.